Posts

Ayam Bakar Asam Boi Kuala Kangsar, Rasa Ori Utara Yang Buat Orang Kuale Melekat!

Image
Mana lagi kome nak cari restoran yang ada rasa air tangan orang Utagha betoi-betoi ori kat area Kuale ni?  Kalau kome nak rasa masakan Utagha yang betoi-betoi padu, mai la singgah sat! Sekali rasa, confirm tak cukup — mesti nak ulang. Sempoi bak ang, rasa dia lain macam! Masakan Utagha Singgah Kat Kuale – Sempoi Bak Ang, Rasa Pun Padu! Hangpa orang Kuale, mai sat! Kalau dok tercari-cari tempat makan yang lain daripada biasa yang bawa angin utara mai ke tengah Bandar Diraja Kuala Kangsar — ni la port dia!   Terletak di tengah Bandar Diraja Kuala Kangsar , restoran ini membawakan rasa istimewa dari Utara yang sukar didapati di tempat lain. Lokasinya berada di belakang McDonald’s Kuala Kangsar, sebelah Pasaraya Segi Fresh , jadi kalau kome lalu kat area tu — memang takkan terlepas pandang!  Diasaskan oleh anak jati Utara , setiap hidangan di sini dimasak dengan resipi asli hasil olahan sendiri bukan tiru mana-mana, tapi penuh dengan identiti dan cita rasa tersendiri. Men...

Hari Kuale Lenggang Serikan Kuala Kangsar, Bukti Bandar Diraja Kaya Budaya

Image
  Hari Kuale Lenggang Serikan Kuala Kangsar, Bukti Bandar Diraja Kaya Budaya KUALA KANGSAR, 21 Sept – Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) menyasarkan untuk menjadikan Hari Kuale Lenggang sebagai acara dwitahunan yang mampu menonjolkan bandar diraja ini sebagai pusat budaya, destinasi pelancongan serta komuniti mapan di negeri Perak. Penganjuran sulung semalam hasil kerjasama MPKK, Visual Motion Lab, Think City dan Yayasan Hasanah itu berjaya menghimpunkan lebih 7,000 orang pengunjung yang membanjiri sekitar Jalan Kangsar. Yang Dipertua MPKK, Dr. Sakduddin Zamli berkata program ini diinspirasikan daripada Kuale Car Free Day , namun dipelbagaikan dengan aktiviti berbentuk budaya, gaya hidup, sukan dan kesedaran komuniti. “Hari Kuale Lenggang dapat menonjolkan Kuala Kangsar sebagai destinasi pelancongan utama, selain memberi manfaat ekonomi kepada peniaga tempatan. Ramai yang berterima kasih kerana diberi ruang untuk memperkenalkan produk mereka,” katanya. Pegawai Eksekut...

Dari Gerai Ayah ke Pak Yop Cafe: Kisah Perjuangan Norhasmah “Intan” binti Zainudin

Image
 Di sebalik setiap kafe yang hangat dikunjungi, ada cerita manusia yang jarang diketahui - cerita tentang kerja keras, pengorbanan, dan harapan. Begitulah kisah Norhasmah binti Zainudin , lebih mesra dipanggil Intan , wanita di belakang terbentuknya Pak Yop Cafe di Chandan, Kuala Kangsar. Perjalanan Intan bukanlah jalan lurus; ia bermula dari gerai kecil ayahnya, dipenuhi onak dan duri, tetapi akhirnya membawa kepada sebuah restoran yang menjadi nama di bandar kecil itu. Mula Di Gerai Ayah — Semangat Berniaga Sejak Berumur 15 Tahun Minat Intan pada dunia masakan dan perniagaan sebenarnya sudah tertanam sejak remaja. Beliau mula belajar memasak dan mengendalikan gerai sejak berumur 15 tahun. Walaupun masih bersekolah, Beliau selalu meluangkan masa selepas waktu persekolahan untuk ke gerai ayahnya, membersih alat, menggoreng, menghidang, dan berinteraksi dengan pelanggan. Dari situ beliau belajar bukan saja tentang resipi dan teknik memasak, tetapi juga selok-belok berniaga: cara...

Dari Baung Tempoyak ke Kulat Sisir — Inilah Rasa Asli Masakan Kampung Perak di Restoran Jari Delima!

Image
  "Baung Tempoyak dengan Kulat Sisir — haa ini memang Perak ori kome!! πŸ˜‹ Mana lagi nak cari?!" Bagi kome yang tengah teringin nak makan masakan kampung yang betul-betul padu, moh la singgah di Restoran Jari Delima . Terletak di Lot 1, Sayong, 33000 Kuala Kangsar , restoran ini sudah menjadi bualan ramai kerana hidangan kampungnya yang asli, sedap, dan membangkitkan nostalgia. Restoran Jari Delima. Sejak dibuka, Restoran Jari Delima telah menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk setempat, tetapi juga rombongan pelancong dari seluruh Malaysia . Setiap hujung minggu, bas rombongan dari serata Perak, Kedah, Pulau Pinang, malah dari Johor dan Kelantan akan singgah di sini. Bayangkan suasana meriah dengan gelak ketawa, bunyi sudu garpu, dan aroma masakan kampung yang membangkitkan selera sebaik sahaja anda melangkah masuk. Bas pesiaran yang membawa pelancong luar Perak menikmati masakan di Restoran Jari Delima. Pelanggan daripada luar Perak yang menjamu selera di Restoran Jari Deli...

PMX Umum Penghargaan Istimewa Buat Rakyat – RM100 Untuk Semua & Harga Petrol Turun!

Image
  Rakyat terus dibela, kos sara hidup dikurangkan. Pada 23 Julai 2025, Perdana Menteri Anwar Ibrahim umum pelbagai berita gembira sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia. Dari bantuan tunai, harga petrol lebih murah, hinggalah cuti umum tambahan — inilah langkah-langkah terkini demi kesejahteraan semua. PENCAPAIAN EKONOMI NEGARA Ekonomi MADANI diperkenalkan untuk memperbetulkan kepincangan struktur dan meningkatkan tatakelola. Ekonomi Malaysia kini berada di landasan kukuh dan mendapat pengiktirafan antarabangsa. KDNK suku pertama 2025 berkembang 4.4%, dan diunjur 4.5% untuk suku kedua. Malaysia kini di tangga ke-23 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2025 – lonjakan 11 anak tangga. Ringgit mengukuh lebih 5% ke paras RM4.23/USD dan antara lima mata wang terbaik Asia. PENGUKUHAN EKONOMI UNTUK RAKYAT Pertumbuhan ekonomi digunakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. a) Kadar pengangguran menurun dari 3.9% (2022) ke 3.0% (Mei 2025). b) Gaji minimum dinaik...

Bersama Menyempurnakan Rumah Allah: Pembukaan Dana Pembinaan Masjid Al-Muttaqin, Puncak Bougainvillea

Image
Bayangkan setiap kali azan berkumandang, dari Subuh hingga Isyak, suara merdu memanggil umat Islam ke masjid yang tersergam indah di tengah-tengah komuniti… dan anda adalah antara insan yang menyumbang kepada terbinanya rumah Allah ini. Masjid Al-Muttaqin, yang merupakan masjid pertama dibina di kawasan Puncak Bougainvillea , kini berada di fasa akhir pembinaan dengan kadar kemajuan kerja telah mencecah 7 0 peratus . Pembinaan masjid ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Pembinaan Masjid bersama penduduk setempat , yang secara kolektif menyuarakan keperluan mendesak sebuah masjid dalam kawasan kediaman mereka. Sejak pembinaan dimulakan pada tahun 2023, pelbagai fasa telah dilalui termasuk kerja tanah, struktur utama bangunan, bumbung, dan pemasangan kemudahan asas. Kini, pada tahun 2025 , Masjid Al-Muttaqin menghampiri penyempurnaan sepenuhnya. Pembinaan masjid ini dilaksanakan hasil inisiatif Jawatankuasa Pembinaan Masjid bersama sokongan penuh penduduk setempat yang sejak awal menzah...