Posts

Showing posts from September, 2022

ASAL USUL NAMA KUALA KANGSAR

Image
Pelbagai versi yang dikatakan sebagai asal nama Kuala Kangsar. Antaranya ialah :  KUALA KURANG SA Asal usul nama bandar ini bermula apabila peneroka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak  sungai di tebing kiri Sungai Perak.   Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke 99 atau pun Seratus Kurang Satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, KUALA KURANG SA dan kemudiannya disebut Kuala Kangsar sahaja.  KUALA SUNGAI KANGSAR Sungai Kangsar bermula dari Padang Rengas, kira kira 7 km dari Bandar Kuala Kangsar ke arah Taiping dan berakhir di Sungai Perak di Bandar Kuala Kangsar. Pusat pertemuan di antara dua sungai ini dipanggil kuala dan akhirnya digelar Kuala Kangsar. Hulu Sungai Kangsar atau " Ulu Kongsor " oleh anak tempatan merupakan salah satu tempat mandi manda yang terkenal di Padang Rengas. DIAMBIL DARI NAMA POKOK KANGSAR Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai.

SEJARAH KUALA KANGSAR

Image
Negeri Perak lahir dari aliran air yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat Melaka. Dari awal zaman lagi orang tertarik dengan keistimewaan sungai Perak ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang. Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan permandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau ‘Kuala Kurang Sa’. Kononnya itulah nama asalnya, “Kuala Kurang Sa” dan kemudiannya disebut “Kuala Kangsar” sahaja. Namun begitu terdapat versi mengatakan mengambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai. Walaubagaimanapun, Kuala K...