ASAL USUL NAMA KUALA KANGSAR


Pelbagai versi yang dikatakan sebagai asal nama Kuala Kangsar. Antaranya ialah : 

KUALA KURANG SA
Asal usul nama bandar ini bermula apabila peneroka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak  sungai di tebing kiri Sungai Perak.  
Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke 99 atau pun Seratus Kurang Satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, KUALA KURANG SA dan kemudiannya disebut Kuala Kangsar sahaja. 

KUALA SUNGAI KANGSAR
Sungai Kangsar bermula dari Padang Rengas, kira kira 7 km dari Bandar Kuala Kangsar ke arah Taiping dan berakhir di Sungai Perak di Bandar Kuala Kangsar.
Pusat pertemuan di antara dua sungai ini dipanggil kuala dan akhirnya digelar Kuala Kangsar.
Hulu Sungai Kangsar atau " Ulu Kongsor " oleh anak tempatan merupakan salah satu tempat mandi manda yang terkenal di Padang Rengas.

DIAMBIL DARI NAMA POKOK KANGSAR
Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai.

Comments

Popular posts from this blog

"Kisah Inspirasi: Dari peniaga online, kini memiliki dua buah restoran mewah di Kuala Kangsar"

Pakar Percetakan: Kualiti Keutamaan Abih Pikior

PERSIAPAN PESTA SUKAN AYOR KUALA KANGSAR