Posts

Showing posts from October, 2022

MISTERI TEROWONG MENORA - SEBUAH 'JAJARAN MAUT' ATAU SIKAP PEMANDU PUNCA KEMALANGAN?

Image
Permandangan atas Terowong Menora. Foto--@siva_wwc Nama Terowong Menora pastinya tidak asing lagi dalam kalangan pemandu kenderaan kerana pembinaannya yang telah memendekkan perjalanan dari utara ke selatan sejauh 30 kilometer. Terowong Meru-Menora yang dibina pada 1987 ini adalah terowong lebuhraya PLUS di Perak. Jaraknya adalah sepanjang 880 meter dan satu lagi sepanjang 830 meter. Ia enghubungkan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) antara Plaza Tol Ipoh dengan Kuala Kangsar merentasi Banjaran Keledang. Projek lebuh raya ini telah menelan belanja kos sebanyak $360 juta. Pada 24 September 1987, DYMM Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarullahu-lahu Shah yang merupakan Sultan Perak pada ketika itu telah merasmikan pembukaan lebuh raya Ipoh ke Changkat Jering.  Sebenarnya, lebuh raya tersebut telah mula digunakan sejak 31 Ogos 1986 lagi iaitu sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara pada tahun tersebut. Ia merupakan lebuh raya k...

MYEONGDONG TOPOKKI BUKA CAWANGAN BAHARU DI KUALA KANGSAR

Image
  Majlis pembukaan outlet MyeongDong Topokki di Kuala Kangsar pada 23 Oktober 2022 yang lepas. Foto--MT MyeongDong Topokki kini membuka cawangan baharu di Kuala Kangsar! Restoran autentik Korea yang popular ini, terletak di Persiaran Perbandaran adalah tempat anda boleh  menemui hidangan asli yang diimport dari Korea. MyeongDong Topokki mula melebarkan sayap perniagaan di Malaysia sejak 2014 dengan konsep yang diinspirasikan dari Korea iaitu Stesen kereta api bawah tanah di MyeongDong sebuah jalan syurga makanan. Dengan dekorasi yang kreatif dan moden, MyeongDong Topokki menawarkan hidangan makanan panas Korea yang lazat dan semestinya mendapat pengiktirafan Halal oleh JAKIM dan MesTI . Antara menu yang mendapat permintaan tinggi disini semestinya set Myeongdong Topokki yang dihidangkan bersama bebola nasi, Myeongdong Topokki Super Spicy, Kimchi Topokki, Myeongdong Tokochi, Soy Garlic Topokki with Cheese dan banyak lagi pilihan. MDT Topokki Set ini didatangkan dengan hidanga...

SYURGA MAKANAN TEPI JALAN

Image
Pengalaman adalah guru yang sangat bernilai untuk kita mendepani kehidupan dan bagi golongan usahawan, jatuh bangun dalam perniagaan perkara wajib dilalui untuk memperoleh kejayaan lebih cemerlang pada masa depan. Azreen Johari melayani pelanggan di gerai yang terletak di Jalan Raja Idris, Kuala Kangsar. Foto KKTV, 28 Okt 2022 Bagi pemilik, Azreen Johari, 34, pengalaman membantu ibu bapanya berniaga sejak kecil sebelum ini membuatkannya semakin kuat dan berani untuk mengusahakan perniagaan sendiri. Memulakan perniagaan dengan menjual pisang goreng kemudian beralih kepada rojak Singapura di pasar malam, kini beliau mengusahakan Pulut Udang King yang saiznya sebesar lengan. Azreen merasakan perniagaannya ada potensi memandangkan tidak ramai yang mengusahakan pulut udang, malah di Kuala Kangsar sendiri susah untuk dijumpai. Selain itu, menu lain seperti mi rebus udang dan lempeng pisang turut disediakan. Pulut Udang King Bisnes yang diusahakan bersama suami sejak tahun 2020 berjaya menda...

Sultan Nazrin Zahir Rasa Dukacita 'Kepelbagaian Budaya' Dijadikan Senjata Dalam Perang Budaya Wacana Politk

Image
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah pada Persidangan Antarabangsa mengenai Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) Keenam 2022. --Foto: Bernama IPOH : Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menzahirkan dukacita dan kegusaran tentang bagaimana perkataan seperti ‘pelbagai budaya’, ‘kepelbagaian’ dan ‘toleransi’ dijadikan senjata dalam perang budaya wacana politik di peringkat antarabangsa hari ini. “Sebagai seorang yang meyakini kepentingan dan nilai kepelbagaian, maka beta berasa amat dukacita dan sedikit gusar,” titah baginda dalam ucapan diraja pada Persidangan Antarabangsa mengenai Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) Keenam 2022 di sini hari ini. Sultan Perak bertitah perubahan sikap yang mendalam terhadap kepelbagaian budaya merupakan suatu tragedi, bukan sahaja kerana ia menyemai benih-benih perpecahan dalam sesebuah negara, malah kerana masyarakatlah yang akan rugi apabila menolak dan menafikan kepelbagaian budaya. “Tanpa kepelbagaian budaya, beta percaya dunia akan menjad...

LOGHAT KUALE DENGAN PARIT PUN ADA BEZA? INGATKAN SAMA...

Image
Pada kali ni, teman nak berceghita tentang loghat Perak pulak. Kita tak payah serius sangat, santai-santai je..teman tak guna tatabahasa yang cantik macam sebelum ni, sebabnya, kali ni teman nak ceghita dua loghat di Perak yang mana nampak macam sama, rupanya ada beza. Hah..daerah mana tu? Moh baca~ Peta pembahagian daerah di Perak Seperti yang kita tahu, Perak merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia dan mempunyai keunikan dari segi bahasa dialeknya. Disebabkan negeri Perak bersempadan dengan negeri lain, maka tidak hairanlah jika menerima pengaruh loghat negeri lain. Misalnya penduduk Perak di bahagian utara (Kerian dan Larut Matang) seperti Bagan Serai, Taiping dan Parit Buntar sehingga Pantai Remis lebih terpengaruh dengan loghat Kedah dan fasih loghat utara. Di bahagian Hulu Perak iaitu Kroh, Grik dan Lenggong, masyarakat di kawasan ini banyak menggunakan loghat Patani. Ia menyebabkan dialeknya seakan-akan serupa dengan loghat Kelantan. Kawasan daerah Perak yang...

'JANGAN BERDENDAM, KONGSI REZEKI DENGAN ORANG LAIN' RAHSIA KEJAYAAN WARUNG TELAGA KUALA KANGSAR

Image
U ntuk membina perniagaan bukanlah satu perkara mudah. Hakikatnya, jika tidak mahu mencuba atau berani menempuh cabaran, belum pasti kejayaan akan dikecapi. Berikut adalah kisah inspirasi dan nasihat daripada pengusaha laksa tempatan yang wajar dijadikan contoh buat anda yang mahu berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Mohd Azami, pemilik Warung Telaga di Kuala Kangsar Mohd Azami Mohd Said, 68, pemilik Warung Telaga di Kuala Kangsar memulakan perniagaannya sekitar tahun 2016. Warung Telaga sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan, malah pengunjung dari luar dan pelancong asing juga memilih untuk berkunjung ke sini kerana suasananya yang cukup santai dan menyenangkan dikelilingi permandangan sawah dan kelapa sawit. Warung Telaga diaspirasikan namanya daripada telaga kepunyaan arwah ibunya yang sudah berusia 100 tahun lebih. Azami meletakkan barang-barang lama kepunyaannya disekeliling warung sebagai simbolik perniagaannya; iaitu warung yang bersifat 'retro'. Tembaga-temb...

PENGUNJUNG SERBU HARI PERTAMA KARNIVAL SMILE DI DATARAN PAVILLION KUALA KANGSAR

Image
Kuala Kangsar: Karnival SMILE, dianjurkan oleh “Malaysia UNITI Organization” dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan bertempat di Dataran Pavilion Kuala Kangsar & Padang Clifford pada 8 Oktober 2022 (Sabtu) sehingga 9 Oktober 2022 (Ahad) yang lalu.  Program ini berlangsung selama dua hari dan mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pengunjung, terutamanya "orang kuale" kerana julung kalinya diadakan dan Kuala Kangsar menjadi lokasi pertama program ini jelajah. Tambahan pula cuti Maulidur Rasul pada hari berkenaan meriahkan lagi program dengan kehadiran pengungjung dari luar yang pulang ke kampung halaman. Pengunjung, Muhammad Irfan Ramli, 17, pelajar dari Malay College Kuala Kangsar (MCKK) berkata dia bersama rakan-rakannya menyertai program ini sejak awal pagi kerana menyertai acara larian Hari Sukan Negara dan kemudiannya menyambung aktiviti lain yang disediakan seperti Carrom, Catur, dam aji, congkak, wall climbing, paintball, memanah dan banyak lagi. "...