PENGUNJUNG SERBU HARI PERTAMA KARNIVAL SMILE DI DATARAN PAVILLION KUALA KANGSAR

Kuala Kangsar: Karnival SMILE, dianjurkan oleh “Malaysia UNITI Organization” dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan bertempat di Dataran Pavilion Kuala Kangsar & Padang Clifford pada 8 Oktober 2022 (Sabtu) sehingga 9 Oktober 2022 (Ahad) yang lalu. 


Program ini berlangsung selama dua hari dan mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pengunjung, terutamanya "orang kuale" kerana julung kalinya diadakan dan Kuala Kangsar menjadi lokasi pertama program ini jelajah. Tambahan pula cuti Maulidur Rasul pada hari berkenaan meriahkan lagi program dengan kehadiran pengungjung dari luar yang pulang ke kampung halaman.



Pengunjung, Muhammad Irfan Ramli, 17, pelajar dari Malay College Kuala Kangsar (MCKK) berkata dia bersama rakan-rakannya menyertai program ini sejak awal pagi kerana menyertai acara larian Hari Sukan Negara dan kemudiannya menyambung aktiviti lain yang disediakan seperti Carrom, Catur, dam aji, congkak, wall climbing, paintball, memanah dan banyak lagi.


"Saya rasa berbaloi untuk kami datang sebab karnival ini berhampiran dengan sekolah dan menyediakan pelbagai aktiviti menarik sesuai untuk golongan belia, kanak-kanak malah seisi keluarga," katanya.


Bagi suri rumah, Zaharah Jamal, 56, dari Seremban, dia bersama ahli keluarga tidak melepaskan peluang hadir untuk memeriahkan Karnival SMILE.



"Sempena cuti Maulidur Rasul, saya bersama keluarga termasuk dua anak membuat rancangan datang ke sini, seterusnya menghabiskan cuti hujung minggu"


"Memang seronok sebab dapat bersama-sama keluarga berjalan di sini dan menyertai program yang diadakan," katanya.


Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada golongan peniaga kecil dan usahawan belia tempatan untuk mempromosikan produk perniagaan mereka dalam suasana komersial seperti konsep ekspo karnival dan platform untuk golongan belia dan remaja melakukan aktiviti sama ada dalam bentuk perniagaan, muzik, seni budaya dan sukan. Lebih 100 menu makanan, promosi barang kering, persembahan artis popular, sukan tradisonal & E-Sport, pameran oleh bomba dijemput memeriahkan program.


Yang menariknya, kaunter borang bantuan kerajaan juga dibuka seperti pendaftaran baitumal, borang JKM, pendaftaran MAIPk, Yayasan Perak, borang E-Kasih dan kaunter pembayaran saman juga menawarkan diskaun!




Pada sebelah petang dan malam, program dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan seperti Achey, Xpdc, Mirwana, Brothers & Simfoni Burdah, Iman Troye, Tuah Mentor Legend, Azlan The Typewriter, Noktahband, Assalam Buskers, Noki kclique dan ramai lagi.



Majlis penutupan program pada hari Ahad dirasmikan oleh Menteri Belia Dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu yang berkongsi mengenai Karnival Smile.


"Bagi pihak KBS, saya mengalu-alukan orang ramai untuk datang memeriahkan karnival yang akan menjelajah satu Malaysia."

"Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang dapat melapangkan masa untuk menghadiri karnival kami selama dua hari ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

"Kisah Inspirasi: Dari peniaga online, kini memiliki dua buah restoran mewah di Kuala Kangsar"

Pakar Percetakan: Kualiti Keutamaan Abih Pikior

PERSIAPAN PESTA SUKAN AYOR KUALA KANGSAR