Posts

Showing posts from November, 2022

Kopi Black Garlic, Kopi Kesihatan Menggunakan Pemanis Tanpa Gula!

Image
Umum mengetahui, kopi amat sesuai untuk menghilangkan rasa letih dan mengantuk setelah penat melakukan aktiviti atau sebarang kerja dalam tempoh yang lama. Bagi anda yang menggemari kopi, pasti agak sukar untuk tinggalkan apabila dah jadi sebati dalam kehidupan dan menjadikannya sebagai minuman seharian, tidak kira pagi, petang atau malam pasti akan meminum air kopi. Ianya disebabkan kafein yang terkandung dalam kopi yang menjadikan diri peminum menjadi lebih segar kerana adanya rangsangan dari kafein tersebut. Tetapi, adakah kopi hanya boleh membantu badan bertenaga dan mengurangkan rasa mengantuk sahaja?  Tentunya tidak sama sekali kerana anda boleh sahaja menjadikan kopi sebagai salah satu bahan semula jadi untuk  merawat masalah kesihatan anda . MESRA AGRO HERB, syarikat penyelidikan dan pengeluar produk kesihatan telah   mengeluarkan produk TERBARU, iaitu produk  kopi berasaskan bawang lanang hitam dengan pemanis tanpa gula. Produk kopi keluaran Mesra Agro Herb...

Raja Shahriman Latih Peminat Seni Tempa Besi di Kuala Kangsar

Image
Raja Shahriman (kanan) bersama pengurus projek, Raja Annuar (tengah) dan artis arca Raja  Shahriman Raja Aziddin, 55, merupakan anak kelahiran Kuala Kangsar yang mempunyai lulusan Institut Teknologi MARA dalam bidang seni halus dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Seni Lukis Malaysia di Kuala Lumpur. Minatnya dalam seni arca mendorong beliau mempelajari seni tempa besi bersama dengan Pak Izam, seorang penempa besi tradisi di Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar selama 3 tahun sebelum menjadi pengarca sepenuh masa untuk memberi tumpuan kepada penghasilan karya seni. Beliau terlibat dalam pembuatan karya seni logam selama lebih 25 tahun dan mungkin satu-satunya artis di Malaysia yang masih menggunakan kaedah penempaan besi untuk menghasilkan karya seni.  Gambar Fail Raja Shahriman bersama-sama dengan Raja Annuar telah mengusahakan sebuah projek dibawah ArtsFAS (Arts For All Season) dan disokong oleh Yayasan Hasanah iaitu 'Program Amali/Internship Kaedah Tempa Be...

ROTI LEMBUT DAN SEDAP..TAK KEDEKUT BAHAN RAHSIA KEJAYAAN ROTI & BUN

Image
Kedai Roti & Bun baru sahaja membuka sebuah premis di Kampung Temong Hulu, Kati sejak bulan Ogos yang lepas. Kira-kira 20 aneka pilihan roti dan pencuci mulut yang dijual. Roti-roti disini boleh sava katakan antara yang terbaik yang pernah saya rasa kerana keenakan dan teksturnya yang lembut dan gebu. Premis Roti & Bun yang terletak di Kampung Temong Hulu, Kati Roti & Bun  sudah  bertapak  dalam  perniagaan roti  hampir 2  tahun  yang mana sebelum ini mereka hanya membuka tapak niaga disitu sebelum membangunkan sebuah premis. Pemilik, Muhd Haidi, 35,  mengusahakan perniagaan roti di Kampung Temong bersama-sama dengan isterinya, Nora Azwin, 35, dan tujuh orang pekerja. Tercetusnya idea mahu mengusahakan perniagaan roti, Muhd Haidi berkata ia adalah inspirasi dan hasrat dari arwah ibu mentuanya. "Emak saya nak berniaga kat Chandan Putri tapi saya tak berani nak buat atas faktor usia dan jarak yang jauh. Kami mula berniaga dekat sini je ...

Sorotan LHKSNS 2022: Sultan Nazrin berkenan sertai larian bersama hampir 10,000 peserta

Image
  DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah  menyempurnakan pelepasan peserta larian KUALA KANGSAR, 4 NOVEMBER 2022- DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menyertai acara Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2022 di Dataran Pavilion pada 30 September yang lepas. Turut berkenan berangkat adalah puteri baginda, YTM Raja Nazira Safya dan adinda, YTM Raja Dato' Seri Yong Sofia binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Larian turut disertai oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin; YDH Ketua Polis Perak, CP Dato' Mohd Yusri Haji Hassan Basri dan YB Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Mohd Yazid. Acara larian yang dianjurkan bersempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ke-66 pada 4 November ini, menyaksikan penyertaan ham...

"KADANG-KADANG, ORANG YANG TAK DISANGKA-SANGKALAH YANG DATANG TOLONG WAKTU KITA SUSAH BERBANDING.." - APIT WAN LEBO

Image
Mengimbas kembali kisah kejayaan Apit Wan Lebo atau nama sebenarnya, Roshafeez Abdul Hamid, 40, seorang Youtuber dan juga pelakon dari Kuala Kangsar. Apit Wan Lebo ketika ditemuramah oleh KKTV Kira-kira 3 tahun menempa nama dalam industri seni dan menjadi ' influencer ' terkenal, Apit Wan Lebo  meluahkan  rasa  syukur  kerana  karier  yang  dibina  hingga  kini  mendapat  tempat  di  hati  peminat. Menceritakan detik-detik permulaan menapak ke dunia " glamour ", Apit berkata beliau memanfaatkan masa terluang semasa kerja membawa kren dengan memuatnaik video yang boleh memberi inspirasi dan teguran kepada orang lain. Niatnya pada mulanya hanya buat untuk suka-suka namun tidak menyangkakan videonya mendapat perhatian pengguna media sosial sehingga videonya 'viral'. Malah, ramai yang menyokongnya untuk terus membuat content seperti itu. Disebabkan itu, Apit mula memuatnaik video yang topiknya kebanyakan dicadangkan oleh...