Kisah Inspirasi Kesukarelawanan & Misi Bantuan Din Bezza
'Bila Kita Susah Orang Datang Tolong, Masa Itu Timbul Rasa Nak Tolong Orang Lain Juga..' Sikap baik dan pertolongan orang yang tidak dikenali ketika beliau menjalani kehidupan sukar dahulu telah menginspirasi Muhammad Salehudin Bin Eby Halim @ Abang Din untuk memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan. “Kehidupan saya dahulu sangat sukar dan merupakan golongan keluarga asnaf yang sering mendapat bantuan. Semasa remaja pula, saya pernah menjadi gelandangan di Kuala Lumpur tanpa pengetahuan keluarga kerana tidak mampu untuk menampung kos sara hidup yang sangat tinggi,” kata Abang Din kepada KKTV semalam. “Masa jadi gelandangan, macam-macam cabaran dan kesusahan yang kita alami, tidak berduit, tiada tempat tinggal, kelaparan sebab nak dapat makan pun susah. Tapi ramai orang kita yang baik hati menghulur bantuan dan memberi sedekah kepada gelandangan-gelandangan. "Bila saya menerima bantuan daripada orang, saya rasa tersentuh hati dan merasakan ingin bantu orang yang dit...