EIRA AZIERA MENEMPUH 100 KALI KEGAGALAN DAN BANGKIT MENERUSI DONUT RED VELVET VIRAL!

Pempengaruh terkenal di Tiktok dan Facebook, Eira Aziera

Siapa yang mengikuti Eira Aziera pasti nya anda sudah tahu beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya dan mungkin telah pun menjadi jutawan. Tetapi, siapakah sebenarnya Eira Aziera ini?


Pada 12 Disember yang lalu, Kuala Kangsar TV telah menemuramah beliau untuk berkongsi cerita tentang perjalanan hidupnya sebelum Eira Aziera menjadi seorang usahawan yang berjaya sekarang.


Eira Aziera ketika ditemuramah


RAHSIA KEJAYAAN EIRA AZIERA


Beliau hanya berkelulusan SPM sahaja dan sejak dahulu minatnya adalah kepada berniaga dan bukan makan gaji. Lebih dari 100 jenis perniagaan telah dicuba dan rata-ratanya tidak bertahan lama.


"Saya ni orang kenal hanyalah sebagai peniaga jalanan, penampilan pun biasa-biasa. Tapi sudah 14 tahun saya cuba macam-macam bisnes dan banyak kali jatuh, Alhamdulillah sejak 7 tahun kebelakangan ini Allah beri rezeki yang tak disangka-sangka," katanya.


Kejayaan Eira juga berkait rapat dengan disiplin dan komitmen diri sendiri. Bertahun-tahun dahulu, Eira sering membuat LIVE di media sosial 8 kali sehari walaupun pengikutnya ketika itu baru cecah dua angka. Dia menggunakan 7 buah telefon bimbit semasa LIVE dan bagi Eira, tidak ada alasan tiada rangkaian internet atau tiada bateri kerana dia sentiasa bersedia dengan banyak kelengkapan.


Eira tidak pernah putus asa untuk membina pengikut di media sosial sejak sekian lama. Dia sentiasa menjaga branding dan 'keep in touch' (berhubung) dengan pengikut-pengikutnya ketika membuat LIVE.


Berkat kegigihan dan kesabarannya mempromosikan bisnes, jumlah pengikut Eira Aziera di Facebook kini mencecah 500 ribu dan di Tiktok sebanyak 700 ribu pengikut. Eira juga menjadi duta kepada 30 produk viral, dan ini membuktikan Eira Aziera kini bukanlah calang-calang orangnya. 


Donut Red Velvet Eira Aziera Tarik Perhatian Ramai


Melayari media sosial seperti Tiktok dan Facebook pastinya kita tidak terlepas daripada melihat 'donut red velvet’ yang jadi tumpuan sejak bulan lepas dan kelihatan amat menyelerakan melalui perkongsian warganet.


Rupanya donut bewarna merah menyala menjadi kegilaan wargamaya terutamanya dalam kalangan kaum wanita dan suri rumah. Mereka bukan sahaja berkongsi resepi bahkan turut sama mempersembahkan bakat membuat donut perisa red velvet.


Donut Red Velvet mula mendapat perhatian apabila Eira Aziera yang juga merupakan pempengaruh di media sosial berkongsi resipi dan menjual donut red velvet di ruangan LIVE. Sejak itulah kita mulai nampak perubahan di media sosial kita bagai dilanda ombak donut merah.


Meninjau suasana di lokasi membuat dan menjual donut red velvet ini iaitu di Restoran Ayam Goreng Thor dan di sebuah cafe terletak di Universiti Sains Malaysia, nyata barisan pembeli memang sangat panjang sejurus saja Eira Aziera membuka perniagaan sekitar jam 3 petang.


Eira Aziera menjual donut di cafe miliknya di USM

“Tepat jam 11 pagi, Eira dan team akan mula menguli tepung. Tepung telahpun dibancuh awal di kilang. Kemudian di restoran yang terletak di Sungai Petani, kita hanya menguli untuk buang angin dalam tepung dan mencetak donat menggunakan gelas.


"Di sebelah petang, saya akan gerak ke USM untuk menjual donut di cafe bermula jam 3 petang sehingga habis," ujarnya.


Menurut Eira, sebelum ini dia sudah lama membuat donut red velvet cuma tidak dijual, namun setelah dipromosikan dalam LIVE dia tidak menyangkakan boleh mendapat perhatian ramai orang dan viral.


'Kalau rasa mahal dan tak berbaloi, saya bagi resepi untuk kalian buat sendiri'


Apabila menjual donut dengan harga RM3 sebiji, ramai yang kata mahal. Namun menurut Eira, dia telah pun mengambil kira banyak perkara dan melakukan yang terbaik termasuk berkongsi resipi Donut Red Velvet supaya pengikut-pengikutnya boleh merasai donut red velvet sama ada beli di cafe miliknya atau buat sendiri jika merasakan harga yang dikenakan tidak berbaloi.


"Sebagai seorang influencer, saya juga banyak terkejar masa dengan jobs lain tapi saya gigih juga buat bisnes dan uli sendiri donut di kilang hari-hari, nak bayar upah pekerja lagi. Bagi saya RM3 sebiji memang berpatutan setelah mengambil kira masa, tenaga, upah dan lain-lain kos tapi kalau hangpa rasa mahal, tak mahu beli, saya ada bagi resipi untuk buat sendiri..rasalah sendiri macam mana nak buat donut," ujarnya.


Bagus Tak Kedekut Ilmu


Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Eira yang tak lokek ilmu, berkongsi resepi donut asli yang mana dia juga gunakan untuk perniagaannya. Netizen turut berterima kasih dan mendoakannya sentiasa dimurahkan rezeki. 


Netizen juga mengatakan selepas melihat resipi yang dikongsi olehnya, segelintir daripada mereka lebih memilih untuk membeli. Ini kerana pembuatan donut ini menggunakan tenaga yang banyak dan tidak semua orang mempunyai masa untuk membuatnya.


Foto: Murai.my


Ketika Kuala Kangsar TV meninjau suasana di lokasi membuat dan menjual donut red velvet ini iaitu di USM, nyata barisan pembeli memang sangat panjang sejurus sahaja Eira memulakan operasi menjual donut Red Velvet. 


Kejayaan Eira menjual donut red velvet juga dipengaruhi oleh sokongan ramai pengikut Eira sendiri dan juga kegigihan Eira sebagai usahawan setelah sekian lama.


Usahawan berumur 39 tahun ini juga mempunyai misi dan hasrat yang besar iaitu mahu membuka beberapa cawangan lagi supaya perniagaannya dapat membantu suri rumah yang tidak ada sumber pendapatan dan memanggil ramai orang untuk bekerja di bawah Eira Aziera Holding (M) Sdn. Bhd.

Comments

Popular posts from this blog

"Kisah Inspirasi: Dari peniaga online, kini memiliki dua buah restoran mewah di Kuala Kangsar"

Pakar Percetakan: Kualiti Keutamaan Abih Pikior

PERSIAPAN PESTA SUKAN AYOR KUALA KANGSAR