Kuala Kangsar - Bandar Seribu Satu Kenangan Dan Warisan
Mereka adalah peneroka yang datang untuk membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang. Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka, muara sungai ini adalah pertemuan air masin Selat Melaka dengan air tawar Sungai Perak yang berpunca dari Banjaran Titiwangsa, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan pemandangannya sungguh indah. Sejak ribuan tahun, muara Sungai Peraklah gerbang kebesaran tanah bonda pertiwi.
Lelaki di tepi tebing Sungai Perak. Gambar diambil sekitar 1906. |
Kenderaan berkuda di Kuala Kangsar akhir abad ke-19. |
Mengikut kiraan mereka juga kuala sungai Perak ialah yang ke seratus kurang satu, atau ‘Kuala Kurang Sa’. Kononnya itulah nama asalnya, “Kuala Kurang Sa” dan kemudiannya disebut “Kuala Kangsar” sahaja. Namun begitu, terdapat versi lain mengatakan Kuala Kangsar diambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai.
Walau bagaimanapun, Kuala Kangsar sebenarnya adalah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, untuk bercucuk tanam dan juga sebagai pusat perniagaan.
Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusuri sungai hingga ternampak Gunung Pondok di Padang Rengas, iaitu satu mercu tanda yang memandu orang dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.
Gunung Pondok, Padang Rengas. - Gambar: OrangPerak |
Berdasarkan keistimewaan ini kita membuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang. Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar yang kini saiznya tiga atau empat pemeluk.
Henry Ridley dan pokok getah, dinamakan 'No.7', salah satu daripada 9 anak pokok asal yang ditanam. |
Pokok Getah Pertama (kini) |
Kuala Kangsar juga tidak kurang hebatnya didalam melahirkan tokoh-tokoh dipelbagai bidang yang telah berjasa mengharumkan nama negara. Antara tokoh-tokoh kelahiran atau yang dibesarkan dan mendapat didikan di Kuala Kangsar adalah seperti Tun Mohd Suffian Bin Hj Hashim, mantan Ketua Hakim Tanah Melayu. Tokoh dibidang perubatan pula seperti Dato’ Seri Dr Megat Khas Megat Omar, Dato’ Dr Ariffin Hj Ngah Marzuki dan Dr Hj Pandak Ahmad.
Tun Mohamed Suffian bin Mohamed Hashim dilahirkan pada tahun 1917 di Kota Lama Kiri, sebuah kampung kecil di tebing Sungai Perak berhampiran Kuala Kangsar dan bersekolah di Clifford School, Kuala Kangsar, sebelum pergi ke England dengan biasiswa Queen pada tahun 1936. Beliau meninggal dunia pada tahun 26 September 2000 dan dikebumikan di Makam Diraja Al-Ghufran berhampiran Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Perak.
Dato' Seri Dr Haji Megat Khas bin Megat Omar lahir di Istana Talang, Kuala Kangsar, Perak dan dari keturunan Megat Terawis. Beliau merupakan Bendahara pertama negeri Perak. Beliau mendapat pendidikan di King Edward VII College di Singapura dan kemudian menjadi orang Melayu pertama menjadi ahli Kolej Diraja Physicians ( MRCP ). Sepanjang hayatnya, beliau dianugerahkan beberapa pingat dan anugerah. Beliau bersara sebagai Pakar Perubatan Negeri Perak.
Dr Ariffin bin Ngah Marzuki lahir pada 3 September 1925, di Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak. Mendapat pendidikan Pendidikan di sebuah Sekolah Melayu Kuala Kangsar, Darjah 1-5, kemudian Sekolah Clifford, Kuala Kangsar selama 2 tahun dan Sekolah Anderson (Sains; Pengakap). Beliau banyak memberi khidmat bakti di hospital sekitar Perak.
Dr. Hj Pandak Ahmad Hj Alang Sidin, lahir pada April 22, 1892 dan berasal dari Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar, Perak. Pernah mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan tamat Standard IX dengan lulus Peperiksaan Senior Cambridge. Beliau juga pernah mendapat pendidikan di Sekolah Perubatan Kerajaan Negeri-Negeri Selat dan Melayu Bersekutu di Singapura (dinamakan sebagai Sekolah Perubatan King Edward VII) sekitar tahun 1912 hingga 1915. Beliau menyertai Kor Sukarelawan ketika Perang Dunia Pertama dalam misi perubatan.
Selain itu, Kuala Kangsar juga terdapat banyak bangunan dan tempat-tempat bersejarah yang boleh kita kenang dan lawati. Antaranya;
Menara Pavillion |
Masjid Ridzwaniah (lama) |
SMK Clifford (lama) |
SMK Clifford (sekarang) |
Landasan kereta api tertua di Malaysia (Jambatan Victoria) |
Rumah lama di Bukit Chandan |
Masjid Ubudiah |
Berdasarkan keistimewaan ini dapat kita membuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang dan mempunyai sejarahnya tersendiri. Kuala Kangsar juga melahirkan tokoh-tokoh pelbagai bidang dan pemimpin yang hebat kerana mendapat pendidikan awal dari institut pendidikan di sini.
Comments
Post a Comment