Posts

Showing posts from January, 2023

Murtabak Wan Istimewa - Ini Baru Betul Murtabak!!

Image
Bersama Mohd Imran yang kini meneruskan legasi Pak Wan Siapa tak kenal  MURTABAK WAN  yang terletak di Jalan Ashby Road di Ipoh. Nama yang tidak asing lagi bagi penggemar murtabak di Ipoh malah di beberapa kawasan berhampiran. Isi murtabak yang padat menjadi rahsia keenakan Murtabak Wan digemari sejak berdekad lamanya malah masih popular sehingga kini. Rasa satu tak puas, pasti terlagi-lagi! Perniagaan yang bermula sejak tahun 1970 diasaskan oleh Mohd Ansop Mat Tasman, 75, dan lebih mesra dipanggil Pak Wan oleh pelanggan-pelanggan sejak sekian lama. Beliau memulakan perniagaan ditepi jalan bersama anak lelakinya. Kemudian, lewat tahun 1980 perniagaan Pak Wan beralih ke kedai di sekitar KTM Ipoh. Namun, setelah penutupan perniagaan di sekitar stesen keretapi, premis Pak Wan beralih pula ke medan selera bersebelahan flat Ashby, Ipoh sehinggalah sekarang. Kini, perniagaan Murtabak Pak Wan telah diambil alih oleh anak lelakinya iaitu Muhamad Imran Mohd Ansop, 34. Menurut Imran, ke...

Reza Hasbi Tak Mahu Anggap Bidang Lakonan Sebagai Kerja Tetap, Mengusahakan Port Makan Best!

Image
Gambar fail KKTV Kuala Kangsar TV baru baru ini ada berbual santai bersama dengan seorang pelakon dan juga pemilik 'port makan'  Lepak Kampung Talang  iaitu bersama Reza Hasbi. Dapat kami mendengar sedikit sebanyak sisi lain kehidupan dan cabaran yang ditempuhi oleh beliau sebelum bergelar seorang pelakon dan usahawan. Menamatkan pengajian di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dalam bidang seni, kemudiannya bekerja sambilan di sebuah gimnasium di Kolam Renang serta membantu ayahnya dalam kerja-kerja kampung. Reza berkata sebenarnya beliau hanya 'main redah' pergi ke ujibakat pencarian pelakon baharu tanpa sebarang persediaan  dan hanya melakukan tugasan yang disuruh dengan bersunnguh-sungguh. Juri ketika itu terdiri daripada pelakon dan pengarah veteran antaranya Erma Fatimah dan Along Kamarudin.  Pepatah Melayu pernah mengatakan, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya untuk menggambarkan susah payah yang perlu dihadapi sekiranya bercita...