Posts

Showing posts from May, 2023

Juadah RM1 LICIN Dijual..Port Makan Mampu Milik Curi Tumpuan Penduduk Setempat

Image
Pelanggan membeli pelbagai kuih-muih yang dijual pada harga RM1 sepaket di sebuah gerai di Taman Klebang Restu. - Foto KKTV Walaupun juadah yang  dijual bersaiz kecil, tapi siapa sangka gerai ini berjaya mendapat tumpuan penduduk setempat dan menghasilkan untung yang memberangsangkan. Nurul Nartisa, 28, anak kelahiran Pulau Pinang menguruskan perniagaan vendor "PORT AYAQ DAN MAKANAN KUIH MUIH SERINGGIT"  di Taman Klebang Restu, yang terletak kira-kira 20 minit dari pusat bandar raya Ipoh sejak awal tahun ini. Idea untuk menjual juadah yang berharga RM1 tercetus apabila adik-beradiknya membincangkan bagaimana cara untuk menjalankan sesuatu bisnes yang orang mampu milik dan mampu beli dengan harga yang murah dikala kita sedang menghadapi cabaran dalam peningkatan harga barangan.  Beliau membuat bisnes vendor yang menyediakan pelbagai juadah berharga RM1, dan melihat jika ia boleh mendapat sambutan ataupun sebaliknya. "Inisiatif itu dilakukan agar pengunjung dapat merasai p...

'Burger Tangga', Inilah Burger Paling Lejen Berpuluh Tahun Niaga!

Image
Haa..komer! Orang Kuale atau sape-sape yang pernah menetap dan belajor di Kuale Kangsor mesti kenal sangat-sangat dengan 'Burger Tangga' ni. Lejen woo..Sampai sekarang ada berniaga lagi! Fuh.. Moh ikuti Kisah Inspirasi bersama dengan pemilik Burger Tangga ni. Tangga yang sinonim dengan gerai Abang Jeff dalam kalangan pelajar sekolah Jefri, atau lebih dikenali sebagai 'Abang Jeff, pada mulanya menjual burger di kuarters polis yang diinap bersama keluarga memandangkan ayahnya seorang anggota polis.  Menurutnya, terbit rasa mahu berniaga selepas melihat kejayaan senior-senior sekolahnya dan kebetulan terdapat satu kawasan kosong yang terbiar di dalam kuarters polis itu. Hendak berniaga di luar tidak mampu, jadi beliau bersama dua orang rakannya mengambil peluang tersebut untuk membuka gerai burger selepas menghabiskan sekolah peringkat SPM. Ruang kecil tersebut dimanfaatkan untuk memulakan perniagaan burger sejak tahun 1989. - Foto KKTV. Gerai Abang Jeff kemudiannya berpindah ...

AYIE APAM BALIK , ' Orang lama Pasar Malam'

Image
Peniaga apam balik, Ayie ketika ditemui KKTV baru-baru ini,  --fotoKKTV (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA Bagi pengunjung setia pasar malam di sekitar Kuala Kangsar, Lenggong, Karai dan beberapa kawasan berdekatan sememangnya tidak asing lagi dengan perniagaan 'APAM BALIK IJAM AYIE DAN RAKAN-RAKAN'. Pernigaan apam balik ini merupakan bisnes turun temurun daripada keluarga dan kemudiannya diambil alih oleh Ayie. Perniagaan apam balik ini sebenarnya bermula sejak tahun 1998 iaitu lebih kurang 25 tahun sudah menapak. Menurut Ayie, semasa Atuk dan bapanya mengendalikan perniagaan apam balik ini mereka hanya menjual apam balik biasa sahaja. Sekarang dia mengikut perubahan semasa dan minat pembeli masa kini yang sukakan produk makanan berperisa dengan taburan keju. Coklat dan keju antara perisa tambahan kegemaran pelanggan masa kini --fotoKKTV (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA Apam balik Ayie dijual dengan harga bermula RM 0.50 sen hingga RM5 sekeping. Antaranya Apam Balik Kecik Biasa (RM0.70 ...