AYIE APAM BALIK , ' Orang lama Pasar Malam'

Peniaga apam balik, Ayie ketika ditemui KKTV baru-baru ini,
 --fotoKKTV (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Bagi pengunjung setia pasar malam di sekitar Kuala Kangsar, Lenggong, Karai dan beberapa kawasan berdekatan sememangnya tidak asing lagi dengan perniagaan 'APAM BALIK IJAM AYIE DAN RAKAN-RAKAN'.


Pernigaan apam balik ini merupakan bisnes turun temurun daripada keluarga dan kemudiannya diambil alih oleh Ayie.


Perniagaan apam balik ini sebenarnya bermula sejak tahun 1998 iaitu lebih kurang 25 tahun sudah menapak.


Menurut Ayie, semasa Atuk dan bapanya mengendalikan perniagaan apam balik ini mereka hanya menjual apam balik biasa sahaja. Sekarang dia mengikut perubahan semasa dan minat pembeli masa kini yang sukakan produk makanan berperisa dengan taburan keju.


Coklat dan keju antara perisa tambahan kegemaran pelanggan masa kini
--fotoKKTV (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA


Apam balik Ayie dijual dengan harga bermula RM 0.50 sen hingga RM5 sekeping. Antaranya Apam Balik Kecik Biasa (RM0.70 sen), Apam Balik Kecik Special (RM1.50) dan Apam Balik Coklat Special (Besar) - RM5


"Sebagai seorang peniaga, kita mestilah rasa terbeban dengan harga barangan yang menaik.


"Tapi saya cuba untuk meletakkan harga apam balik serendah yang boleh supaya pembeli yang rata-rata penduduk kampung tak rasa berat nak beli, kesian la mereka.." katanya ketika ditemui.


Apatah lagi dalam situasi ekonomi yang menghimpit kini, dia mahu membantu pelanggan yang kurang berkemampuan dengan harga yang mampu milik dan dia masih mampu meraih keuntungan malah percaya dengan kekuatan rezeki.


9 daripada 10 sumber rezeki datang dari pernigaan


Bagi Ayie, apa yang seronok tentang berniaga adalah mereka sentiasa ada duit walaupun sedikit. Oleh itu, peniaga tak rasa beban menunggu hujung bulan, menanti duit gaji memandangkan hari-hari kita perlu mengeluarkan duit untuk menyara diri dan keluarga.


"Kita juga dapat berkawan dengan ramai peniaga, orang-orang kampung, dan semua tempat kita boleh kenal," tambahnya lagi.


APAM BALIK AYIE YANG SUDAH 25 TAHUN MENAPAK
--fotoKKTV (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA


"Bagi sesiapa yang ingin memulakan perniagaan, carilah pengalaman berniaga dahulu dengan orang yang berniaga di pasar malam, baru kita tahu apa barang yang mahu dijual, macam mana nak hadapi cabaran seperti cuaca, tempat, pelanggan dan macam-macam lagi. Buat (berniaga) pelan-pelan jangan terburu-buru nak cepat kaya. Rajinkan mengkaji apa kehendak pelanggan sebab ada beza citarasa bagi pelanggan yang duduk di kampung dan di pekan," jelas Ayie.


Perniagaan Apam Balik Ayie dijalankan di pasar-pasar malam seperti Tasik Raban (Isnin), Kg Luat, Lenggong (Rabu), Sayong Menora (Khamis/Jumaat), Karai dan D'Lawin (Sabtu) dan hari Ahad di Changkat Ibol, Lenggong dan Bukit Gantang


Ayie juga menerima tempahan untuk apa jua majlis.

Comments

Popular posts from this blog

"Kisah Inspirasi: Dari peniaga online, kini memiliki dua buah restoran mewah di Kuala Kangsar"

Pakar Percetakan: Kualiti Keutamaan Abih Pikior

PERSIAPAN PESTA SUKAN AYOR KUALA KANGSAR