Juadah RM1 LICIN Dijual..Port Makan Mampu Milik Curi Tumpuan Penduduk Setempat
![]() |
Pelanggan membeli pelbagai kuih-muih yang dijual pada harga RM1 sepaket di sebuah gerai di Taman Klebang Restu. - Foto KKTV |
Nurul Nartisa, 28, anak kelahiran Pulau Pinang menguruskan perniagaan vendor "PORT AYAQ DAN MAKANAN KUIH MUIH SERINGGIT" di Taman Klebang Restu, yang terletak kira-kira 20 minit dari pusat bandar raya Ipoh sejak awal tahun ini.
Idea untuk menjual juadah yang berharga RM1 tercetus apabila adik-beradiknya membincangkan bagaimana cara untuk menjalankan sesuatu bisnes yang orang mampu milik dan mampu beli dengan harga yang murah dikala kita sedang menghadapi cabaran dalam peningkatan harga barangan.
Beliau membuat bisnes vendor yang menyediakan pelbagai juadah berharga RM1, dan melihat jika ia boleh mendapat sambutan ataupun sebaliknya.
"Inisiatif itu dilakukan agar pengunjung dapat merasai pelbagai kuih-muih dan juadah dengan harga yang murah iaitu RM1 untuk setiap satu paket semua juadah disini.
"Pengunjung yang datang akan mampu untuk membeli pelbagai jenis makanan dengan harga RM1, orang yang kurang berkemampuan pun boleh rasa makan sebab harga murah, itulah niat kami jual murah," sambungnya lagi.
Kira-kira 26 hingga 28 vendor mengambil bahagian untuk menghantar kuih-muih dan pelbagai juadah seperti nasi ayam kunyit, nasi ayam merah, makaroni goreng, kuetiau goreng, nasi lemak, makanan Western, air dan pelbagai lagi produk makanan bersaiz kecil dan berbaloi dengan harga RM1.
![]() |
Lebih 3000 juadah dijual disini |
![]() |
- Foto KKTV |
![]() |
- Foto KKTV |
![]() |
- Foto KKTV |
![]() |
- Foto KKTV |
![]() |
- Foto KKTV |
"Mereka sampai datang gerai, bising-bising sebab harga kami jual murah. Sampai mengadu ke pihak atasan lah," Nurul Nartisa menceritakan beberapa cabaran yang dilalui walaupun baru sahaja mulakan bisnes ini.
Menurutnya lagi, pengalaman pahit takkan menjatuhkan bisnes ini memandangkan dia hanya berusaha untuk mencari rezeki yang halal dan akan tetap pertahankan perniagaan vendor ini.
Semua vendor juga berpuas hati sebab banyak untung yang mereka walaupun jual murah.
Nasihat Nuruh Nartisa, janganlah peniaga benci sesama peniaga memandangkan mereka semua sama-sama mencari rezeki halal.
Comments
Post a Comment