Pengeluar Telur Masin di Manong Mahu Menembusi Pasaran Kuala Kangsar!
Foto: KKTV Mohd Helmi Muhamad Rozi, pengerusi Koperasi Agro Ternak Perak ketika ditemui Kuala Kangsar TV baru-baru ini. Kesukaran membeli telur ayam di pasaran ketika ini menyebabkan permintaan telur itik meningkat. Perkara ini diakui oleh usahawan dan penternak itik. Menurutnya, sejak bekalan telur ayam kurang dan mahal, ramai beralih membeli telur itik. Sehubungan itu, Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad (KATAM) telah bekerjasama dengan syarikat SKM Agro yang terdiri daripada para usahawan dan penternak itik sejak tahun 2021 untuk membangunkan bidang penternakan. Melalui kerjasama itu, Pihak KATAM mendapatkan bekalan telur itik daripada penternak-penternak itik untuk memproses pula telur masin. Foto: KKTV Ladang ternakan itik telur di Manong Mohd Helmi yang juga Pengerusi Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad berkata, penternak itik penelur tetap mencabar dan berdepan risiko tersendiri. Namun kemahiran yang dimiliki oleh usahawan penternak-penternak dan hasil usaha sama...