Posts

Showing posts from August, 2023

Port Makan Kuale: Lepak FAMA Manong

Image
Wah, baru je tau pasal tempat makan best di Manong ni!  Lepak FAMA Manong terletak berhadapan dataran Amanjaya Manong Lepak Fama Manong dibangunkan oleh FAMA dan dikendalikan oleh Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad (KATAM) yang kini semakin meriah selepas beberapa kerja ubahsuai dilakukan agar lebih kontemporari dan hipster. Lebih 10 unit kiosk gerai tersedia  menjadikan pengunjung boleh menemui pelbagai jenis menu daripada makanan laut, masakan Melayu serta makanan Barat seperti  nasi lemak, nasi ayam golek, nasi goreng, nasi minyak daging hitam, pulut kuning,  sup, burger, laksa, sizzling, chicken chop, dan chor ketiau. Bagi yang datang sekadar hendak menikmati makanan ringan, anda boleh memesan roti bakar, roti sangkaya, takoyaki, otak-otak, dadih sedut, yong tau foo, oden dan banyak lagi. Semua menu disini sedap dan harganya berpatutan tau! Ada juga kiosk yang menawarkan Menu Rahmah. Moh tengok kiosk-kiosk yang ada kat situ! Antara kiosk-kiosk yang terdapa...

Kedai Nonn Nasi Bungkus sudah 5 tahun beroperasi..

Image
Kedai Nonn Nasi Bungkus di Puncak Bougainvillea Kedai Nonn Nasi Bungkus  menjadi salah satu kedai makan di Kuala Kangsar yang masih mengamalkan konsep nasi bungkus dan dijual dengan harga yang berpatutan. Justeru, tidak hairanlah perniagaan nasi bungkus yang diusahakan oleh Zainol Ariffin bin Omar Walid, sejak 2017 itu menjadi tumpuan orang ramai susulan harga yang murah dan rasa yang sedap! Untuk harga nasi bungkus berlaukkan ayam dan ikan keli, harga yang dikenakan ialah RM5.50, manakala bagi nasi bungkus berlaukkan kambing bakar adalah RM14. Bagi pelanggan yang makan di kedai pula akan disediakan air percuma dan jenis air akan bertukar setiap hari selain kuantiti nasi lebih banyak. Selain nasi bungkus, coconut shake juga termurah dan merupakan antara menu yang paling laku disini. Menurut Zainul Ariffin, pada mulanya dia hanya berniaga air kelapa dan keropok lekor, kemudian beralih kepada pernigaan nasi bungkus kerana sukar mendapatkan bekalan stok buah kelapa. "Walaupun kos bah...

Mee Hailam D'Perak Lain Daripada Yang Lain..??

Image
Restoran Mee Hailam D'Perak terletak bertentangan Padang Golf Mee hailam adalah satu juadah yang tidak asing di seluruh malaysia, terutama di daerah Parit negeri Perak. Boleh dikata sesiapa sahaja berkunjung ke Parit pasti akan merasai keenakan mee hailam. Keenakan dari adunan bahan tumisan kuahnya seperti cili kisar dan beberapa kicap 'rahsia' menjadikan kuahnya kaya dengan rasa yang tidak dapat digambarkan. Mee Hailam Mee Hailam D'Perak telah melebarkan sayap perniagaannya di Kuala Kangsar, bertempat di Jalan Sultan Iskandar Shah, bertentangan dengan padang golf Kuala Kangsar. Ia beroperasi setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga 10 malam. "Kita mewujudkan beberapa kelainan sebagai sebuah tarikan pelanggan-pelanggan yang hadir iaitu selain menu utama mee hailam daging basah, terdapat juga mee hailam udang dan mee hailam ayam yang saya rasa tiada atau susah nak dapat di gerai-gerai lain. Mungkin ada, tapi tak banyak. "Dan yang paling rare atau tak disa...

APIST KITCHEN: Bangun Seawal 6 Pagi Siapkan Sandwich

Image
Mimi dan Apis ketika ditemu bual baru-baru ini Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Apa yang penting ialah usaha dan semangat untuk memajukan perniagaan. Mengambil semangat itu, pasangan suami isteri, Hafis dan Mimi menjadikan ia sebagai pedoman untuk mengusahakan Apist Kitchen Sandwich di Taiping. Memulakan perniagaan sandwich dari rumah pada tahun 2017, Hafis berkata, dia perlu bangun seawal jam 6 pagi untuk menyediakan sandwich yang ditempah pelanggan. "Masa tu belum kenal isteri, saya buat sorang-sorang semua benda dari beli bahan-bahan segar di pasar, membalas pesanan pelanggan di WhatsApp, mengemaskini media sosial, menyediakan sandwich dan menghantar pesanan kepada pelanggan. "Maklum balas daripada pelanggan sangat positif dan saya mendapat tempahan seterusnya. Malah, ada yang recommend kepada rakan-rakan untuk menempah sandwich daripada saya. Sejak itu hampir setiap hari jumlah pelanggan dan tempahan semakin bertambah dan ia membuatkan saya merancang untuk menyewa...