APIST KITCHEN: Bangun Seawal 6 Pagi Siapkan Sandwich

Mimi dan Apis ketika ditemu bual baru-baru ini

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Apa yang penting ialah usaha dan semangat untuk memajukan perniagaan.


Mengambil semangat itu, pasangan suami isteri, Hafis dan Mimi menjadikan ia sebagai pedoman untuk mengusahakan Apist Kitchen Sandwich di Taiping.


Memulakan perniagaan sandwich dari rumah pada tahun 2017, Hafis berkata, dia perlu bangun seawal jam 6 pagi untuk menyediakan sandwich yang ditempah pelanggan.


"Masa tu belum kenal isteri, saya buat sorang-sorang semua benda dari beli bahan-bahan segar di pasar, membalas pesanan pelanggan di WhatsApp, mengemaskini media sosial, menyediakan sandwich dan menghantar pesanan kepada pelanggan.


"Maklum balas daripada pelanggan sangat positif dan saya mendapat tempahan seterusnya. Malah, ada yang recommend kepada rakan-rakan untuk menempah sandwich daripada saya. Sejak itu hampir setiap hari jumlah pelanggan dan tempahan semakin bertambah dan ia membuatkan saya merancang untuk menyewa kedai dan mengambil pekerja untuk membantu proses operasi membuat sandwich berjalan lebih lancar.


"Saya mula menyewa kedai kecil di arked MARA dan menambah lebih ramai pekerja.


"Selepas berkahwin, isteri saya turut sama membantu melancarkan operasi kedai terutama sekali dalam aktiviti pemasaran," katanya.


Beliau menggunakan konsep takeaway dan penghantaran yang mana setiap tempahan dihantar sekitar kawasan Kamunting, Taiping, Simpang, Changkat Jering dan ada juga pelanggan dari luar seperti dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Melaka dan lain-lain.


Idea untuk berniaga ini juga katanya timbul kerana minat untuk mengusahakan bisnes sandwich selepas mempunyai pengalaman bekerja di beberapa buah restoran yang menyajikan makanan Western.


Bahan dan proses penyediaan sandwich yang segar


Menurut Mimi, setiap tempahan pelanggan disediakan dalam keadaan segar dan kualitinya terjamin. Mereka lebih mementingkan kualiti produk berbanding kuantiti (keuntungan) supaya mereka mendapat kepercayaan pelanggan dalam jangka masa panjang.


"Sandwich yang dijual adalah yang segar kerana setiap hari kami membeli bahan-bahan yang segar untuk menghasilkan sandwich yang masih baru dibuat," katanya.


Buat analisis S.W.O.T


"Sebelum nak mulakan bisnes, kaji dahulu apa yang orang lain belum buat lepastu kita buat analisis S.W.O.T. Contohnya, bisnes sandwich ni selalunya orang perempuan, suri rumah yang selalu buat. Mereka menjadikan bisnes ni sebagai pendapatan sampingan, tak selalu buat hanya bila ada kelapangan masa je. Jadi, kita manfaatkan peluang tu kita open order hari-hari. 


"Kadang tu ada pelanggan last minute WhatsApp nak sandwich dalam kuantiti yang banyak dengan segera. Kedai orang lain pula tak buka..jadi ini kesempatan dan rezeki kamilah dapat pesanan tu," jelas Mimi.


"Bila berniaga ni kita perlulah konsisten dan berdisiplin. Bukannya sekejap buka sekejap tutup, sebab kadang-kadang ada pelanggan ingat kedai buka macam biasa tapi dah datang tengok-tengok kedai tutup.


"Lagi kasihan kalau mereka datang dari jauh, pulang dengan kecewa. Seeloknya bagilah notis atau updates di media sosial supaya pelanggan boleh maklum dulu sebelum datang," sambungnya lagi bila disoal tentang persedian-persedian untuk individu yang mahu dan sedang mengusahakan bisnes.



Apist Kitchen Sandwich di Bazar Mara Kamunting



"Orang ramai boleh membuat tempahan di nombor 010-5505927 atau mendapat sebarang maklumat melalui laman sosial Facebook dan Instagram kami, Apist Kitchen Sandwich.


“Antara perisa sandwic yang mendapat permintaan pelanggan ialah Eggy Chiz, Krusty Crab, Smoked Grilled Chicken, Flamin Chunky Tuna, American Club dan Meat Love” katanya.


Waktu operasi: Setiap hari (Jumaat cuti) bermula jam 9 pagi hingga 6 petang

Alamat: G-3 Bazar Mara, 34600 Kamunting, Perak

 

Media sosial Apist Kitchen Sandwich: Instagram Facebook

Comments

Popular posts from this blog

"Kisah Inspirasi: Dari peniaga online, kini memiliki dua buah restoran mewah di Kuala Kangsar"

Pakar Percetakan: Kualiti Keutamaan Abih Pikior

PERSIAPAN PESTA SUKAN AYOR KUALA KANGSAR