Mee Hailam D'Perak Lain Daripada Yang Lain..??
Restoran Mee Hailam D'Perak terletak bertentangan Padang Golf |
Mee hailam adalah satu juadah yang tidak asing di seluruh malaysia, terutama di daerah Parit negeri Perak. Boleh dikata sesiapa sahaja berkunjung ke Parit pasti akan merasai keenakan mee hailam.
Keenakan dari adunan bahan tumisan kuahnya seperti cili kisar dan beberapa kicap 'rahsia' menjadikan kuahnya kaya dengan rasa yang tidak dapat digambarkan.
Mee Hailam D'Perak telah melebarkan sayap perniagaannya di Kuala Kangsar, bertempat di Jalan Sultan Iskandar Shah, bertentangan dengan padang golf Kuala Kangsar.
Ia beroperasi setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga 10 malam.
"Kita mewujudkan beberapa kelainan sebagai sebuah tarikan pelanggan-pelanggan yang hadir iaitu selain menu utama mee hailam daging basah, terdapat juga mee hailam udang dan mee hailam ayam yang saya rasa tiada atau susah nak dapat di gerai-gerai lain. Mungkin ada, tapi tak banyak.
"Dan yang paling rare atau tak disangka sekali adalah mee hailam kering pun menjadi pilihan pelanggan. Kami turutkan je apa permintaan pelanggan..," kata Tuan Haji Sham, selaku pemilik mee hailam cawangan Kuala Kangsar.
Kepelbagaian menu didalam sesebuah premis makanan adalah amat penting.
Pelanggan yang hadir juga dapat memesan menu makanan yang lain selain mee hailam seperti western food, yong tau foo dan juga nasi ayam Thai yang menjanjikan kelainan rasa di Restoran Mee Hailam D'Perak cawangan Kuala Kangsar ini.
Selain itu, yang menariknya Mee Hailam D'Perak juga menghasilkan mee sendiri.
Ia bertujuan bagi memastikan stok mee yang sentiasa mencukupi selain kualiti mee turut terjaga.
Saiz mee yang dihasilkan oleh Mee Hailam D'Perak sedikit besar berbanding mee yang lain kerana pemilik mengutamakan prinsip "biarlah pelanggan kenyang dan puas hati".
Kini Mee Hailam D'Perak cawangan Kuala Kangsar ini menjadi salah satu tarikan pengunjung yang hadir ke Kuala Kangsar.
Comments
Post a Comment