Port Makan Kuale: Lepak FAMA Manong

Wah, baru je tau pasal tempat makan best di Manong ni! 


Lepak FAMA Manong terletak berhadapan dataran Amanjaya Manong


Lepak Fama Manong dibangunkan oleh FAMA dan dikendalikan oleh Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad (KATAM) yang kini semakin meriah selepas beberapa kerja ubahsuai dilakukan agar lebih kontemporari dan hipster.


Lebih 10 unit kiosk gerai tersedia menjadikan pengunjung boleh menemui pelbagai jenis menu daripada makanan laut, masakan Melayu serta makanan Barat seperti nasi lemak, nasi ayam golek, nasi goreng, nasi minyak daging hitam, pulut kuning, sup, burger, laksa, sizzling, chicken chop, dan chor ketiau.


Bagi yang datang sekadar hendak menikmati makanan ringan, anda boleh memesan roti bakar, roti sangkaya, takoyaki, otak-otak, dadih sedut, yong tau foo, oden dan banyak lagi.


Semua menu disini sedap dan harganya berpatutan tau! Ada juga kiosk yang menawarkan Menu Rahmah.


Moh tengok kiosk-kiosk yang ada kat situ!
















Antara kiosk-kiosk yang terdapat di Lepak FAMA Manong


Ia merupakan inisiatif awal yang diberi perhatian oleh FAMA dan KATAM sejak tahun 2022 yang lalu, yang mana mereka peka dan prihatin terhadap keluhan para peniaga pada masa kini khususnya di kawasan Manong.


Kiosk terbabit tidak hanya diperuntukkan kepada jualan makanan dan minuman, sebaliknya peniaga perlu kreatif dengan memasarkan barangan lain seperti cenderahati. Produk telur masin yang diusahakan oleh KATAM juga boleh didapati disitu.



Suasana Lepak FAMA yang meriah pada hujung minggu

Konsep gerai di Lepak Fama Manong ini boleh dianggap unik.


Hari ini, konsep 'port lepak' juga tidak ditubuhkan secara sembarangan.


Menerusi inovatif rakyat tempatan, konsep 'port lepak' dilihat lebih kontemporari dan selesa dengan menu yang ditawarkan juga pelbagai jenis selain harganya dianggap berpatutan.


Walaupun ada yang berkemampuan untuk menjamu selera di tempat eksklusif seperti restoran besar dan bertaraf lima bintang, sesetengah orang lebih selesa untuk memilih makan di luar di tempat yang lebih mudah, lapang dan santai seperti warung, medan selera, kiosk malahan di bawah pokok rendang. 


Haa apa tunggu lagi, moh serbu Lepak FAMA Manong hujung minggu ni. Santai-santai dengan keluarga tercinta.


Info lanjut:

FACEBOOK FAMA KUALA KANGSAR

FACEBOOK LEPAK FAMA MANONG

Comments

Popular posts from this blog

"Kisah Inspirasi: Dari peniaga online, kini memiliki dua buah restoran mewah di Kuala Kangsar"

Pakar Percetakan: Kualiti Keutamaan Abih Pikior

PERSIAPAN PESTA SUKAN AYOR KUALA KANGSAR