Posts

Showing posts from September, 2023

Rumah Atap Kuning Saji Hidangan Atas Talam, Suasana Klasik Dikelilingi Bendang Menjadi Port Healing Terbaik Pengunjung Dari Bandar!

Image
Rumah Atap Kuning di Kg. Sayong Tradisi menyajikan makanan atas talam kini semakin dilupakan kerana tidak lagi diamalkan oleh masyarakat tempatan. Ia merupakan budaya dan amalan kehidupan masyarakat zaman dahulu yang mana makanan akan disajikan di atas talam untuk seisi keluarga menikmati  sarapan, makan tengah hari atau malam di rumah beramai-ramai. Begitu juga bila ada kenduri atau majlis perkahwinan di rumah, lauk-pauk diletakkan di atas satu talam berserta dengan semangkuk air untuk membasuh tangan. Manakala nasi pula diletakkan dalam bekas lain. Kesemua tetamu akan makan antara 4 hingga 7 orang untuk satu talam. Namun, tradisi ini sudah lama berlalu. Majlis perkahwinan pada masa kini menggunakan khidmat katering dan tradisi sajian hidangan atas talam pun lenyap mengikut peredaran zaman. Pada mereka yang merindui cara lama penyajian makanan ini atau mereka yang belum pernah mengalaminya, komer masih berpeluang merasainya dengan berkunjung ke Rumah Atap Kuning yang terletak di S...

Keretapi Sarong 2023: Peserta Menggayakan Busana Tradisonal Meriahkan Sambutan Hari Malaysia!

Image
Lebih 500 peserta menyertai Keretapi Sarong 23 sempena sambutan Hari Malaysia di Ipoh. Meriah dan muhibbah! Lebih 500 peserta dari pelbagai kaum dan umur menyertai program Keretapi Sarong 2023 (KS2023), yang diadakan di perkarangan Keretapi Tanah Melayu (KTM), Ipoh, bertujuan memupuk perpaduan dan menyemai semangat cintakan negara sempena sambutan Hari Malaysia, hari Sabtu yang lalu. Bertemakan ‘Etnik dan Perpaduan, mereka membuktikan tidak ada yang memalukan untuk mengenakan pakaian tradisional, lengkap dengan pelbagai perhiasan etnik, malah ada yang megah berkain sarung batik dan ‘kain pelekat’ yang melambangkan budaya dan warisan negara. Joget lambak antara sebahagian acara program Fatin Sulaiman, 19, peserta yang datang dari Kuala Kangsar bersama rakannya berkata peluang menyertai program KS2023 sememangnya dinantikan. “Ini kali pertama saya join. Seawal 7 pagi kami dah bertolak dari Kuala Kangsar menaiki komuter ke Ipoh bagi mengelakkan kesesakan dalam komuter. Semasa perjalanan,...